• SENARAI PERLAWANAN SIBU FA :

    KEJOHANAN LIGA BOLASEPAK RAKYAT 2016/2017
    PUSINGAN PERTAMA : 1/10: SIBU FA VS KAPIT - 15/10: SARIKEI 2 VS SIBU FA 0 - 29/10: SIBU FA 1 VS BETONG 2

    Komen

    Saturday, November 12, 2016

    SIBU - Enam pasukan sertai Bola Sepak Wanita 7 Sebelah.

    SIBU: Kejohanan Bola Sepak Wanita Tujuh Sebelah Piala Lea Sports Centre (LSC) Sibu 2016 menjadi kejohanan pertama dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (PBBS) di bawah ahli jawatankuasa baharu. 

    Setakat ini, sebanyak enam pasukan mengesahkan penyertaan menyertai kejohanan ini yang akan berlangsung pada 20 November di Stadium Tun Zaidi di sini. Naib Presiden I PBBS, Halel Ibrahim berkata pihaknya menyasarkan sekurangkurangnya lapan pasukan berentap pada kejohanan itu.
    “Setakat ini, enam pasukan telah mengesahkan penyertaan dan jumlah ini agak baik memandangkan kita menyasarkan lapan atau sembilan pasukan mengambil bahagian,” katanya di sini semalam. 
    Halel ditemui selepas menerima hadiah tajaan daripada LSC bagi kejohanan terbabit. Tajaan disampaikan oleh Pengurus Runcit LSC, Chiew Kam Chiong. Hadir sama Setiausaha Kehormat PBBS, Kushairy Bujang serta ahli-ahli jawatankuasa lain. 


    Menurut Halel, kejohanan itu bertujuan memilih pemain- pemain mewakili pasukan bola sepak Sibu pada Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Wanita 2017. “Ini merupakan suatu permulaan baharu bagi bola sepak di Sibu dan kita berharap dapat meningkatkan mutu sukan bola sepak di sini,” jelasnya.  

    Layari Facebook Rasmi SIBU FA untuk mengikuti perkembangan semasa.
    Beliau juga memberitahu, kejohanan tujuh sebelah wanita itu masih terbuka kepada mana-mana pasukan berminat dan tarikh tutup penyertaan pada 18 November ini. Yuran penyertaan bagi satu pasukan ialah RM250 dan RM40 bagi yuran ahli bersekutu. Yuran penyertaan dan ahli bersekutu hendaklah dibayar selewat-lewatnya jam 4 petang pada 17 November.

    Juara dan naib juara masing- masing menerima baucar barangan bernilai RM600 dan RM200 di samping baucar makan RM200 dan RM100 berserta medal dan piala.

    No comments :

    recent posts



    Bil. Pengujung