• SENARAI PERLAWANAN SIBU FA :

    KEJOHANAN LIGA BOLASEPAK RAKYAT 2016/2017
    PUSINGAN PERTAMA : 1/10: SIBU FA VS KAPIT - 15/10: SARIKEI 2 VS SIBU FA 0 - 29/10: SIBU FA 1 VS BETONG 2

    Komen

    Sunday, October 9, 2016

    Exco SFA baharu diyakini jalankan tugas lebih baik

    SIBU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA), Fadzil Tamam ber­harap ahli-ahli Exco SFA yang baharu dapat men­jalankan tugas mereka den­gan lebih baik. “Kita bersama-sama me­lihat dan berharap ahli-ahli jawatankuasa baharu SFA dapat menjalankan tugas lebih baik,” katanya di sini semalam. 
    Utusan Borneo 9 Oktober 2016

     Menurut Fadzil, beliau juga yakin barisan kepimpi­nan baharu SFA mampu menjalankan tugas masing-masing selain mempunyai banyak idea baharu mem­bawa persatuan melangkah ke hadapan. 

     “Bak kata perpatah orang puteh, ‘new broom sweep well’,” jelasnya yang merupakan mantan presi­den SFA.  Pada Mesyuarat Agung Tahuan (AGM) SFA 1 Oktober lalu, 

    Kaunselor Dr Kamarudin Ahmed Jun­aidi dipilih sebagai presiden sambil dibantu Mejar (B) Moses Ripai selaku timbalan presiden. 

     Tiga jawatan naib presiden disandang Halel Mohd Ib­rahim, Sanari Abdullah dan Adit Robinson. 

    Setiausaha Agung ialah ASP Kushairy Bujang manakala bendahari Effendy Abdul Aziz. Ahli-ahli jawatankuasa lain terdiri Omar Mayah, Junaidi Ahmed, Hairol Rambli, Gerina Ahmad, Safri Kassim, Nor Hanifah Muhiden, Busrah Othman, Mohd Misyam Abdullah, Mohamed Nazri dan Abdul­lah Abu Bakar. 

     Sementara Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bi­oteknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr An­nuar Rapaee dilantik sebagai penaung. 

     Menyentuh mengenai hadiah wang tunai untuk Liga Sibu tahun lalu yang masih belum dijelaskan, Fadzil berharap pasukan yang menang agar bersa­bar. 

     Katanya, ahli-ahli Exco SFA yang baharu akan membuat perjumpaan den­gan Dr Annuar dalam masa terdekat bagi mengadakan perbincangan. “Kita berharap penerima atau pemenang liga tahun lalu bersabar. Tambahan kebanyakan pengurus pasu­kan yang menang liga kini menjadi ahli Exco SFA. 

    “Jika kita andaikan mere­ka tahu apa yang berlaku dalam SFA dan berharap mereka bersabar menunggu hadiah masing-masing,” jelas Fadzil.

    No comments :

    recent posts



    Bil. Pengujung